PHNOM PENH: Pasukan hoki wanita kebangsaan berada di landasan tepat untuk merangkul pingat emas selepas mengesahkan tempat di final dengan kejayaan menewaskan Thailand 3-0 pada aksi ketiga saingan liga sepusingan temasya Sukan SEA 2023 di padang hoki Stadium Nasional Morodok Techo di sini hari ini.
Pada aksi tersebut, tentangan hebat diberikan Thailand di awal permainan menyaksikan skuad Malaysian Tigress buntu memburu gol pada suku pertama sebelum akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-23 menerusi pukulan sudut penalti Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin.
Jaringan itu ternyata mengubah permainan sekelip mata apabila Malaysia berjaya meledak gol kedua dan ketiga dalam tempoh tiga minit masing-masing menerusi gol padang Fatin Shafika Mohd Sukri pada minit ke-26 dan gol pukulan sudut penalti disempurnakan Nuraini Abdul Rashid pada minit ke-29.
Kedudukan 3-0 kekal sehingga masa penuh sekali gus memberikan kemenangan ketiga berturut-turut buat skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim dalam saingan liga sepusingan menjelang aksi terakhir bertemu Indonesia esok.
Mohd Nasihin berkata pasukannya menunjukkan komitmen yang tinggi berdepan Thailand apabila tidak menjadikan faktor bermain di bawah matahari terik dan bahang sebagai penghalang untuk beraksi dengan baik.
"Pemain-pemain bermain dengan mengikut perancangan yang diberikan kepada mereka, namun begitu, ada seketika mereka mula kurang tumpuan dan menyebabkan pasukan lawan datang menyerang.
"Secara keseluruhan saya memuji usaha para pemain, namun saya menuntut lebih lagi daripada mereka. Walaupun kami telah layak ke final, kami akan tetap fokus pada perlawanan menentang Indonesia nanti, sama seperti sebelum ini dan kami tetap menghormati siapa sahaja lawan yang kami temui," katanya.
Ketika ini hanya Malaysia yang sudah melayakkan diri ke final apabila mengumpul keseluruhan sembilan mata di kedudukan teratas selepas tiga perlawanan sementara Thailand kedua (enam mata) dan Indonesia ketiga selepas mengumpul dua mata.
Sementara itu, Singapura yang baru bermain dua perlawanan di kedudukan keempat dengan meraih satu mata manakala Kemboja di posisi tercorot selepas hanya mengutip satu mata daripada keseluruhan tiga perlawanan.
Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan yang menamatkan saingan liga sepusingan di kedudukan teratas layak ke final untuk membuat perhitungan merebut pingat emas.
Terdahulu, Malaysia turut menempah slot di final bagi saingan lelaki selepas membenam Thailand 5-0 pada aksi ketiga liga sepusingan di venue sama, pada sebelah pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
Ketika ini hanya Malaysia yang sudah melayakkan diri ke final apabila mengumpul keseluruhan sembilan mata di kedudukan teratas selepas tiga perlawanan. - Gambar/ MHC
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Sukan SEA 2027: KBS adakan sesi libat urus lihat impak kewangan terhadap negara
Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.